Saturday, September 26, 2015

Kesan Makan Maggi Terhadap Kesihatan

            Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat popular di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang kekeringan poket.

            Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

            Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam panas air akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

            Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

            Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga dapat mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

            136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mee segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

            Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1)    Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
2)    Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
3)    Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4)    Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
5)    BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
6)    Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
7)    Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
8)    Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
9)    Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

            Melalui sedikit research dan juga pembacaan, kami kongsikan serba sedikit perkara yang berkaitan dengan makanan ini. Jika anda masih sihat makan mee segera, bersyukurlah.
1. Masalah Penghadaman
Mungkin anda rasakan tiada apa-apa yang berlaku sepanjang masa anda makan mee segera. Namun tahukah anda, mee segera mengambil masa yang agak lama untuk dihadam. Jika diambil dengan terlalu kerap, maka ia makan mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.
2. Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi
Kegagalan buah pinggang berfungsi adalah akibat pengambilan sodium di dalam makanan yang terlampau tinggi, lebih dari keperluan badan. Secara mudahnya, sodium inilah yang berfungsi untuk membantu otot dan saraf untuk berfungsi. Namun jika terlebih, ia akan mula memudaratkan buah pinggang.
3. Pening Kepala & Pedih Ulu Hati
Semua mungkin tahu mengenai kandungan MSG (monosodium glutamate) yang tinggi di dalam mee segera. MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam masa yang sama ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap bahan ini.
Mungkin antara sedar atau tidak, anda pernah mengalami perkara sebegini namun tidak menghiraukannya kerana beranggapan ia sebenarnya adalah perkara biasa.
4. Melemahkan Fungsi Ketahanan Badan
Anda pernah jumpa orang yang makan mee segera yang sentiasa cergas? Kebanyakan bahan perasa di dalam mee segera adalah tidak sihat dan apabila badan tidak mendapatkan nutrisi yang cukup maka ia akan melemahkan sistem ketahanan badan.
5. Tekanan Darah Tinggi
Apa lagi yang anda mahu jangkakan jika imbangan diet dan kandungan perasa mee segera yang menjangkaui apa yang badan anda perlukan.
Maka ia akan membawa kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan kagagalan badan berfungsi dengan baik. Antara perkara yang anda mungkin dapat jika meneruskan makan mee segera secara berterusan ialah kolestrol tinggi, diabete dan juga penyakit jantung.

            Bukanlah kami menghalang anda untuk terus makan. Kebanyakan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi leboh teruk jika pengambilan Mee Segera adalah berterusan. Apa-apa pun, kami mempunyai alternatif untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat demi kepentingan kesihatan masa panjang.

            Mee segera memang sedap dan mudah disediakan sehingga banyak orang yang menyukai makanan ini. Namun tahukah anda bahawa zat kimia yang terkandung di dalam mee segera hanya akan terurai dari tubuh selama 3 hari sehingga anda dianjurkan jangan terlalu kerap mengambil makanan ini. Ini bermakna pengambilan yang ideal hanya sekali dalam satu minggu agar tubuh tetap sihat dan terhindar dari risiko atau bahaya yang terdapat pada mee segera.

            Kami sudah maklum Mee Segera mengandungi MSG (Monosodium Glutamate) sebagai salah satu bahan utamanya. Disinilah terletak bahaya yang boleh memudaratkan kesihatan jika salah memasak mee segera.

            Mee Segera jika dimasak bersama perencahnya yang mengandungi Monosodium Glutamate jika dipanaskan sehingga mencapai suhu 120 derajah celsius atau lebih akan berubah menjadi Karsinogen.

            Karsinogen amat merbahaya untuk kesihatan manusia. Karsinogen boleh menyebabkan kanser dengan mengubah asam deoksiribonukleat dalam sel-sel tubuh manusia.

            Selain dari itu, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram. Pengambilan mee segera akan mengakibatkan pengambilan garam yang berlebihan di dalam badan kami.
1.    Ketika memasak mee segera pastikan anda merebusnya terlebih dahulu agar lapisan lilin pada permukaan mee hilang. Kemudian, air rebusan tersebut dibuang dan baru ditiriskan. Biasanya cara penyajian mee segera ada tertera jelas pada bungkusnya, walaupun demikian ternyata masih banyak yang kurang prihatin dan mengabaikan cara penyediaan yang betul ketika memasak mee segera.
2.    Pernahkah anda mencampurkan terus ramuan mee segera ketika sedang memasak? Jika ya maka sebaiknya ubahlah kebiasaan tersebut kerana sangat berisiko terhadap kesihatan anda. Walaupun tampak remeh namun mencampurkan ramuan perasa ketika sedang memasak mee segera pada suhu yang tinggi boleh menyebabkan kandungan berbahaya didalam mee akan terurai dan semakin aktif. Untuk mengurangkan risiko yang ada sebaiknya campurkan ramuan perasa setelah selesai memasak.

            Nah, apakah pendapat anda? Walaupun tidak ada orang yang melarang pengambilan mee segera namun bukan bererti anda harus mengambil makanan ini setiap hari. Sebaiknya ambillah makanan secara seimbang agar keperluan nutrisi dan vitamin didalam tubuh lengkap sehingga anda akan selalu sihat dan bertenaga!



Analisis Kesalahan Bahasa
            Menurut Kamus Dewan Edisi 4 , Morfologi telah ditakrifkan sebagai satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa. Kajian yang dimaksudkan adalah meliputi jenis pengimbuhan , kata terbitan dan juga pemajmukan . Pengimbuhan adalah proses bagaimana suatu kata dasar diperluaskan dengan menambah satu atau lebih imbuhan. Bentuk-bentuk imbuhan ialah imbuhan awalan, akhiran , apitan dan juga imbuhan sisipan. Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang telah mengalami proses pengimbuhan dan berubah maksud nahunya. Pemajmukan pula bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang bermakna. Sintaksis bermaksud sebagai satu cabang ilmu linguistik  yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat. Marilah kita lihat kesalahan yang dilakukan oleh penulis dari segi morfologi dan sintaksis.

Kesalahan 1: Pembentukan ayat pasif
Salah
Betul
biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit.
biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit.
Analisis : Perkataan “di” digunakan untuk menunjukkan kedudukan tempat. Dalam ayat pasif, “di” perlu dituliskan bersama kata kerja.

Kesalahan 2: Pengaruh bahasa Inggeris
Salah
Betul
Makanan ini amat popular di kalangan orang bujang...
Makanan ini amat terkenal di kalangan orang bujang...
Melalui sedikit research dan juga pembacaan,
Melalui sedikit penyelidikan dan juga pembacaan,
Analisis : Banyak pelajar yang lemah dalam subjek bahasa Melayu ialah pelajar Cina dan India. Hal ini tidak dapat disangkal kerana mereka mengaplikasikan penggunaan tatabahasa Cina dan tatabahasa Inggeris kepada tatabahasa Melayu.

Kesalahan 3: Kesalahan dari Segi Penggunaan Hukum D-M.
Salah
Betul
Bahan kimia yang terlarut dalam panas air akan menjadi bahaya...
Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya...
Analisis : Hukum D-M ialah hukum atau peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat dengan mendahulukan unsur yang diterangkan (D) dan mengemudiankan unsur yang menerangkan (M). Kesalahan timbul apabila Hukum D-M dilanggar kerana terpengaruh oleh susunan kata bahasa lain.

Kesalahan 4: Pembentukan ayat yang sesuai
Salah
Betul
Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?
Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu yang sedang mengandung dan kanak-kanak?
Analisis : ibu yang sedang mengandung” lebih sesuai digunakan untuk maksud wanita yang sedang mengandung.

Kesalahan 5: Penggunaan Kata Ganda
Salah
Betul
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi...
Kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi...
Analisis : Kata singkatan tidak harus digunakan dalam penulisan ayat.

Kesalahan 6: Kesalahan dari Segi Perbendaharaan Kata “Dapat dan Boleh”
Salah
Betul
Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga dapat mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin.
Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin.
 Analisis : Perkataan boleh lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keizinan. Perkataan dapat pula lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.

Kesalahan 7: Kesalahan Ejaan
Salah
Betul
maka ia makan mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.
maka ia akan mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.
Kebanyakan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi leboh teruk jika pengambilan mee segera adalah berterusan.
Kebanyakan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi lebih teruk jika pengambilan mee segera adalah berterusan.
 Analisis : Perkataan “akan” ditambahkan huruf m.
Huruf o dalam leboh perlu dibetulkan kepada huruf i.

Kesalahan 8: Kesalahan dalam Penggunaan Tanda Baca
Salah
Betul
MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam masa yang sama ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap bahan ini.
MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam masa yang sama, ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap bahan ini.
 Analisis : Tanda baca koma perlu ditulis di tengah “sama” dan “ada” kerana “dalam masa yang sama” dan “ada di kalangan anda” merupakan dua bahagian dalam ayat tersebut.

Kesalahan 9: Kesalahan dalam Penggunaan Imbuhan
Salah
Betul
Karsinogen amat merbahaya untuk kesihatan manusia.
Karsinogen amat bahaya untuk kesihatan manusia.
 Analisis : Perkataan bahaya dalam ayat tersebut merupakan kata adjektif dan tidak perlu dimasukkan imbuhan.

Kesalahan 10: Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri
Salah
Betul
Pengambilan mee segera akan mengakibatkan pengambilan garam yang berlebihan di dalam badan kami.
Pengambilan mee segera akan mengakibatkan pengambilan garam yang berlebihan di dalam badan kita.
Analisis : Kami bererti "saya dan dia" apabila bercakap dengan orang kedua. Orang yang kita ajak bercakap tidak disertakan. Kita pula bererti "anda dengan saya" atau "anda dengan kami". Orang yang kita ajak bercakap disertakan.

Kesalahan 11: Kesalahan dalam Penggunaan Kata Nafi
Salah
Betul
Walaupun tidak ada orang yang melarang pengambilan mee segera namun bukan bererti anda harus mengambil makanan ini setiap hari.
Walaupun tidak ada orang yang melarang pengambilan mee segera namun tidak bererti anda harus mengambil makanan ini setiap hari.
 Analisis : Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.

Kesalahan 12: Kesalahan dalam Penggunaan Di
Salah
Betul
Sebaiknya ambillah makanan secara seimbang agar keperluan nutrisi dan vitamin didalam tubuh lengkap sehingga anda akan selalu sihat dan bertenaga!”
Sebaiknya ambillah makanan secara seimbang agar keperluan nutrisi dan vitamin di dalam tubuh lengkap sehingga anda akan selalu sihat dan bertenaga!”

 Analisis : Di digunakan untuk tempat. Di dalam membawa pengertian mempunyai ruang atau jarak. Di hanya digabungkan dengan perkataan lain dalam penggunaan ayat pasif.

19 comments:

  1. Analisis yang jelas dan lengkap. Banyak memberikan informasi kepada saya. Bagus!

    ReplyDelete
  2. Kata sendi nama "di" kalangan sepatutnya ditukarkan kepada "dalam" kalangan.
    Kesalahan tatabahasa telah dituliskan dalam warna yang berlainan, jelas dan kemas. Bagus

    ReplyDelete
  3. Penggunaan "highlight" untuk membezakan semua jenis kesalahan dalam petikan telah memudahkan pembaca sekalian dalam mengenal apa kesalahan ayat tersebut apabila membaca petikan tersebut. Syabas! Analisis yang sangat sistematik

    ReplyDelete
  4. Analisis ini mudah difahami dan tidak mengelirukan para pembaca. Selain itu, pembetulan adalah menepati peraturan tatabahasa Bahasa Melayu. Cadangan dapat membantu pembaca mengesan kesalahan dalam petikan di samping dapat menyedari tentang kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan oleh pembaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya, ejaan bagi perkataan "alergik" adalah tidak betul. Dicadangkan bahawa perkataan ''alergik' ditukar kepada 'alergi'

      Delete
  5. Gunakan warna yang berbeza untuk highlight perkataan yang patut difokuskan memang baik. Jelas dan tepat. Cadangan saya ialah gunalah jadual untuk mempamerkan maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas tunjuk ajar anda. Kesalahan akan dibetulkan.

      Delete
  6. hasil analisis yang lengkap dan jelas...Analisis juga dalam bentuk yang sistematik

    ReplyDelete
  7. Penulis berjaya menjumpai banyak kesalahan tatabahasa dalam petikan yang dipilih. Analisis yang jelas dan lengkap. Syabas!

    ReplyDelete
  8. Analisis kesalahan tatabahasa dibuat dengan sistematik dan mudah dibaca serta difahami. Penggunaan jadual sangat menggalakkan. Tetapi paparan bahagian artikel tidak begitu jelas antara perenggan. Saya mencadangkan penulis supaya membuat pembahagian perenggan dengan lebih jelas lagi.

    ReplyDelete
  9. Analisis yang mantap dan sistematik disertakan dengan penerangan memudahkan pembaca untuk memahami apa yang ingin disampaikan. Terima kasih atas perkongsian maklumat.

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya perkataan 'popular' telahpun diserapkan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa pinjaman (rujuk Kamus Dewan). Jadi tidak bersalah jika penulis menggunakan perkataa ntersebut dalam penulisan.

    Walau bagaimanapun, penulis telah menghasilkan analissi yang teliti dan pengurusan maklumat yang kemas,

    ReplyDelete
  11. Topik yang menarik disertakan dengan analisis yang baik. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

    ReplyDelete
  12. Analisis yang agak bagus dan penulis boleh mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang diambil daripada bahasa Inggeris. Misalnya 'kolestrol' perlu diganti dengan kolesterol, 'diabete' diganti dengan diabetes.

    ReplyDelete
  13. Penyampaian hasil analisis bahasa yang lengkap, padat dan jelas. Pembaca mudah memahami bacaan ~
    Syabas!

    ReplyDelete
  14. Hasil analisis yang tepat dan padat. Analisis dan penerangan untuk setiap kesalahan serta pembetulan yang dinyatkan amat membantu meningkatkan kefahaman pembaca.

    ReplyDelete
  15. Hasil analisis yang jelas, tepat, dan mudah difahami. Sangat bagus !

    ReplyDelete
  16. Mohegan Sun Pocono is once again on the map
    This time 강원도 출장마사지 around 동해 출장샵 the 아산 출장안마 casino, the 삼척 출장마사지 Mohegan Sun Pocono is one of just 10 tribal casinos with an 광주광역 출장마사지 Indian theme. The casino is located on 185 acres along the Thames River in

    ReplyDelete